Kelas Kahoot Kuiz Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet

12 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November yang lepas, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas kahoot pada sebelah pagi. Seramai 14 peserta telah menyertai kelas tersebut. Antara perkongsian yang menarik adalah tayangan video KDB, ceramah mengenai Mengenal pasti muslihat & Penipuan di Internet pada masa kini.

Pendedahan awal dapat membantu komuniti dari terjerat dalam masalah penipuan di Internet yang semakin berleluasa masa kini. Oleh yang demikian, sama – samalah kita menangani masalah dan mengenal pasti Muslihat & Penipuan di Internet.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali